Ismail Sabri calon PM BN telah ditetapkan oleh parti sejak awal

- Advertisement -

TANGKAK – Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendirian UMNO mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai “poster boy” Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum-Ke-15 (PRU15) telah ditentukan lebih awal oleh parti.

Justeru, Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata untuk merealisasikan hasrat BN berkenaan parti perlu memenangi PRU15.

“…daripada dahulu lagi parti telah menentukan dan telahpun buat pendirian bahawa beliau ‘poster boy’ kita…yang penting nak jadi Perdana Menteri kena menangkan parti dahulu,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Undi BN Johor di Parlimen Pagoh di Kampung Baru Grisek di sini hari ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengulangi keputusan bahawa Ismail Sabri akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi PRU15.

Ahmad Zahid berkata walaupun Ismail Sabri tidak memegang jawatan paling tinggi parti, itu bukan isu yang perlu diperbesarkan.

Mengulas laporan media mengenai dakwaan Rafizi kononnya Pakatan Harapan berpotensi memenangi 13 hingga 15 kerusi parlimen di Johor pada PRU15 ini, Hishammuddin berkata rakyat yang akan menentukan keputusan itu ketika hari pengundian PRU15 pada 19 Nov ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat