Dakwaan Anwar Sokong Budaya LGBT, AMK PKR Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin PAS

- Advertisement -

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak akan membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkaitan ucapan berbaur fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, dakwaan Razman yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunong Semanggol kononnya Anwar menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) itu adalah fitnah dan berbaur hasutan.

“Menerusi video tular itu, calon DUN Gunong Semanggol menyebut Anwar menyokong LGBT, jika sokong Anwar dan PH (Pakatan Harapan) sama dengan menyokong LGBT.

“Kita melihat kenyataan ini bersifat fitnah dan berbaur hasutan. Oleh itu, AMK akan membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam suasana kempen sepanjang PRU15, semua pihak perlu menjalankan kempen secara berhemah tanpa menimbulkan sebarang ketegangan antara parti.

“Kita akan buat laporan polis esok supaya pihak berkuasa dapat membuat siasatan berkaitan video yang kini tular dalam media sosial,” katanya.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Razman yang juga penyandang kerusi DUN Gunong Semanggol dilaporkan mendakwa Anwar yang mengetuai PH membawa budaya LGBT dan mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.

Menerusi portal itu, beliau juga didakwa berkata, DAP membawa agenda komunis manakala UMNO dan PH akan bekerjasama selepas PRU15. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat