Jabatan Penjara sudah perjelas SOP tahanan rumah kepada Najib

KUALA LUMPUR- Jabatan Penjara sudah memaklumkan perincian prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pelaksanaan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Zamri Misman berkata, perincian berkenaan sudah dimaklumkan kepada Najib.

“Jabatan Penjara sudah memaklumkan perincian kepada Datuk Seri Najib,” katanya pada sidang media di Parlimen, lapor BH pada Rabu,

Beliau ditemui selepas menghadiri sesi taklimat media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkaitan pelaksanaan hala tuju institusi Parlimen selepas Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Penjara akan mengeluarkan kenyataan berhubung pengampunan bersyarat kepada Najib bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, ahli keluarga bekas Perdana Menteri itu sebelum ini memaklumkan mereka masih belum menerima sebarang makluman daripada pihak berkuasa, termasuk berkaitan SOP proses tahanan rumah berkenaan.

Menurut anak Najib, Nooryana Najwa, pihak keluarga dan peguam juga masih belum menerima sebarang maklumat daripada Jabatan Penjara, termasuk mengenai pengubahsuaian rumah bagi membolehkan tahanan rumah dilaksanakan.

Sementara itu ditanya berhubung proses tahanan rumah Najib, Azalina enggan mengulas lanjut.

“Itu boleh tanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat