Kadar RMT Ditambah Baik dan Lima Buah Sekolah Baru Akan Dibina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menambah baik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan menyediakan bekalan susu pada setiap hari persekolahan anak-anak.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi terus menambah baik program ini kerajaan akan menaikkan kadar makanan bermasak RMT daripada RM 2.50 kepada rm3.50 untuk Semenanjung dan RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Kenaikan kadar ini akan berkuat kuasa pada bulan ini juga,” umum beliau pada pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat di Parlimen.

Selain itu kata Tengku Zafrul, sejumlah RM 777 juta disediakan iaitu peningkatan signifikan berbanding RM280 juta pada tahun 2020 atas peluasan penerima, kenaikan kadar dan penyediaan bekalan susu setiap hari.

“Dengan itu, lebih 800,000 murid serta 7,300 pengusaha makanan dan pembekal susu tempatan akan menerima manfaat daripada penambahbaikan ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, katanya bagi tahun hadapan, sejumlah RM2.3 bilion diperuntukkan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan selamat buat murid-murid sekolah. Ini merupakan peningkatan ketara berbanding peruntukan RM1.7 bilion bagi tahun ini.

“Daripada jumlah tersebut, RM1.1 bilion ringgit disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaaan cina dan tamil serta sekolah agama.

“Sejumlah RM 1.2 bilion pula disediakan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah daif terutamanya bagi menggantikan bangunan kayu lama untuk keselesaan khususnya anak-anak di Sabah dan Sarawak dengan melibatkan 123 projek di Sabah dan 182 projek di Sarawak.

“Bagi memenuhi keperluan penduduk setempat, kerajaan pada tahun 2023 akan mula membina lima buah sekolah baharu dengan kos RM430 juta melibatkan SMK Nabalu Sabah, SMK Dudong Sarawak, SK Paya Dusun Terengganu, SK Cyberjaya 2 dan SMK Denai Alam Selangor,” umumnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat