Vaksinasi : Hanya 1.2% Untuk Capai 90%

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar vaksinasi Covid-19 populasi dewasa merekodkan 88.8 peratus telah lengkap menerima vaksin dan 1.2 peratus sahaja lagi untuk mencapai sasaran 90 peratus setakat semalam.

Menurut laman CovidNow, sebanyak 20,786,568 atau 88.8 peratus rakyat berumur 18 tahun ke atas telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 94.6 peratus sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,915,720 individu atau 64 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Pada masa sama, 74.1 peratus atau 24,200,366 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Setakat semalam juga, seramai 129,152 atau 4.1 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Selain itu, sebanyak 209,907 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 113,441 dos pertama dan 96,466 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar pada 24 Februari lepas meningkat kepada 45,007,832 dos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat