Penilaian risiko dalam negara, pengembara di pintu sempadan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sebelum Malaysia membuka pintu sempadan negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu akan membuat penilaian risiko semasa jangkitan COVID-19 di dalam negara.

Bukan itu saja, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KKM juga akan mengambil kira maklumat situasi COVID-19 dari negara asal pengembara sebelum membenarkan kemasukan pengembara dari negara yang berkenaan.

Katanya, secara keseluruhannya, kerajaan telah melakukan pelbagai persediaan serta kelonggaran yang diberikan dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira perkembangan di seluruh dunia dan juga keutamaan untuk pemulihan ekonomi.

“Kemasukan warganegara dan warga asing seperti pelajar, diplomat, golongan professional serta pelabur asing telah pun mula dibenarkan bermula pada Jun 2020 semasa Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika itu. Walau bagaimanapun, kebenaran masuk ini adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuklah keperluan menjalani kuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang telah disediakan.

“Di bawah Pelan Pemulihan Negara, kerajaan sentiasa menambah baik SOP berkaitan perkara ini, dan bermula pada 12 Ogos 2021, pengembara warganegara dan bukan warganegara yang telah menerima imunisasi lengkap boleh membuat permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman. Namun, kebenaran ini hanya boleh diberikan tertakluk kepada penilaian risiko oleh pihak KKM dan pemohon masih perlu menjalani ujian saringan COVID19 sebelum diberikan kebenaran tersebut,” katanya menjawab pertanyaan lisan Datuk Razali Idris di Dewan Rakyat pada Khamis.

Tambah Ismail Sabri, dalam hubungan ini, persediaan melalui garis panduan terperinci serta penilaian risiko oleh KKM akan dijalankan terhadap setiap pengembara berdasarkan kepada permohonan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman.

Tegasnya, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan terhadap pematuhan SOP, meningkatkan penerapan amalan kawalan kesihatan awam dan penekanan kepentingan suntikan imunisasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua rakyat Keluarga Malaysia, kerana telah bersama-sama pihak kerajaan dalam usaha pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Saya jangka, sedikit masa lagi, sasaran kita untuk mencapai 90 peratus penduduk divaksinasi akan dapat dicapai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat