Harga Bitcoin Cecah As$51,711 – Paras Tertinggi Setakat Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mata wang kripto terbesar di dunia dari segi nilai pasaran, Bitcoin melepasi aras AS$51,711 buat pertama kalinya dalam tempoh empat minggu sekaligus menambah keuntungannya bulan ini susulan peningkatan minat daripada institusi.

Nilai Bitcoin jatuh di bawah AS$50,000 pada awal September lalu semasa penjualan besar-besaran saham-saham berkaitan kripto dan blockchain, menurut laporan Reuters.

Ia kemudiannya mencecah paras terendah pada AS$40596 21 September lalu.

Pada Selasa, harga Bitcoin mencecah ke paras tertinggi AS$51,77, naik 2.6% daripada AS$50,498.

Selain itu, mata wang kripto lain turut meningkat dengan Ether naik 1.5% kepada AS$3,434 dan XRP naik 2.25 kepada AS$1.0656.

Peserta pasaran berkata kenaikan perkhidmatan kripto institusi dari bank dan institusi kewangan untuk mengatasi permintaan pelabur yang meningkat, sebagai salah satu faktor yang mendorong lonjakan bitcoin.

Pada hari Selasa, U.S. Bancorp (USB.N) mengumumkan telah melancarkan perkhidmatan kawalan kripto untuk pengurus pelaburan institusi yang mempunyai dana swasta di Amerika Syarikat dan Kepulauan Cayman.

Isnin lalu, Bank of America Corp Pmenerbitkan liputan penyelidikan pertamanya yang menumpukan pada mata wang kripto dan aset digital lain susulan institusi kewangan arus perdana lain memperkuat penglibatan mereka dengan kelas aset.

* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat