UMNO serah kepada PM, Kabinet isytihar darurat atau teruskan PRN Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat keputusan sesuai berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia termasuk berkaitan keputusan sama ada akan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri itu atau sebaliknya.

“Itu (proklamasi darurat) tentulah tanggungjawab Perdana Menteri dan terpulang kepada beliau.

“Perkara seperti ini amat besar dan tentunya akan diputuskan dalam Kabinet agaknya.
Difahamkan esok akan ada mesyuarat Kabinet dan tentulah perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. Kita tunggu keputusan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di Parlimen, pada Khamis.

Kelmarin, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dilapor menasihatkan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai Isnin lalu, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat