Jalan KL berlubang,hubungi Shahidan Kassim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkongsi nombor telefonnya untuk kemudahan penduduk Kuala Lumpur supaya dapat memberi amaran kepadanya mengenai jalan berlubang.

Shahidan juga berkongsi nombor telefon Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

Ini nombor telefon mereka bertiga yang dibacakan Shahidan di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi kementeriannya.

Shahidan: 0194545111

Jalaluddin: 0196524444

Mahadi: 0162068883

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah bersetuju untuk bertindak atas sebarang aduan kerosakan jalan raya di ibu negara dalam masa 24 jam.

“Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa datang berlopak boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam 24 jam,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat