Tarik diri calon Timbalan Speaker, Ahmad Maslan mahu fokus kerja Setiausaha Agung UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menarik diri daripada pencalonan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian dalam sidang medianya di Parlimen pada Khamis memberitahu ingin fokus kepada kerja-kerja selaku Setiausaha Agung UMNO.

“Saya telah berbincang dengan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden UMNO dan tiga Naib Presiden UMNO termasuk Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) semalam dan saya telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat,” ujar Ahmad.

2 Oktober lalu, Ahmad berkata beliau masih memiliki 10 hari untuk menghantar borang pencalonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pada 14 Sept, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar membentangkan usul menangguhkan pemilihan Timbalan Speaker baharu.

Katanya, penangguhan itu untuk kerajaan membuat pindaan Perlembagaan bagi menambah satu lagi kerusi untuk jawatan Timbalan Speaker, daripada dua ketika ini kepada tiga orang.

Beliau berkata, satu daripada tiga jawatan Timbalan Speaker itu akan diisi wakil pembangkang.

Kerajaan sebelum ini dilapor mencalonkan Ahmad untuk mengisi kekosongan jawatan itu, sementara blok pembangkang mencalonkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mewakili Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat