Suami tetap keutamaan Mulan Jameela

- Advertisement -

Jakarta: Biarpun sibuk dengan tugas sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Mulan Jameela tetap mengutamakan tugas mengurus keluarga, termasuk suaminya Ahmad Dhani.

Menerusi Instagram, Mulan Jameela memuat naik gambarnya ketika menguruskan Ahmad Dhani.

Dengan berhati-hati dan teliti, dia mengemaskan penampilan suaminya termasuk mencukur janggut Ahmad Dhani.

“Bismillahirrahmanirrahim. Sesungguhnya, inilah pekerjaan utamaku yang bayarannya tidak ternilai dan dibayarkan kelak di akhirat,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Mulan Jameela juga penyanyi Teman Tapi Mesra berdoa agar mendapat tempat yang baik di akhirat nanti.

“Semoga kita (para isteri) mendapatkan akhirat terbaik dari Allah. Aamiin ya Allah semangat dan sihat selalu untuk kita semuanya,” katanya.

Hantaran ibu kepada seorang cahaya mata, Safeea Ahmad ini mendapat respons positif warganet yang memuji perkara yang dilakukan Mulan Jameela.

Kebanyakannya mendoakan agar dia terus kekal istiqamah dan kekal menjadi isteri solehah.

Sebelum ini Mulan Jameela memuat naik gambarnya sedang menelefon.

Dalam keterangan itu, dia bercerita berkenaan dialognya dengan Ahmad Dhani melalui sambungan telefon di tempat kerja.

“Sebelum sidang dewan, berbincang bersama teman seperjuangan itu sudah menjadi rutin. Tahu-tahu telefon berbunyi,” katanya.

Menurut Mulan Jameela, Ahmad Dhani memintanya menyediakan kopi, namun ketika itu dia sedang berada di pejabat. Suaminya hanya mahu mengusiknya sahaja.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat