Hazama, isteri tidak terfikir ambil anak angkat

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi, Hazama mengakui belum belum terfikir untuk mengambil anak angkat kerana menyifatkan kehidupannya disinari dengan kehadiran empat anak saudaranya.

Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi yang sudah empat tahun berkahwin dengan pemuzik, Genervie Kam berkata, dia menganggap soalan mengenai cahaya mata itu sebagai doa daripada orang ramai.

“Bercakap soal anak angkat, buat masa ini saya tidak terfikir lagi kerana empat anak saya saya tinggal bersama. Anak-anak abang saya tinggal bersama saya sejak mereka kecil lagi. Sekarang, yang paling besar sudah berusia lapan tahun. Kebanyakan masa memang diluangkan dengan mereka. Saya rasa hidup sudah lengkap biarpun belum dikurniakan anak sendiri lagi.

“Saya melihat proses bagaimana mereka membesar depan mata saya. Perkara baik dan buruk, saya tegur mereka. Malah, saya sering melihat diri sendiri sebelum memandang daripada aspek lain. Contohnya, apabila pihak media sering bertanya mengenai anak, kadang saya terfikir mungkin saya belum bersedia kerana itu belum ada rezeki lagi. Mereka bertanya kerana mereka prihatin sekali gus ibarat mendoakan saya dan isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hazama, dia dan isteri sama sekali tidak berputus asa kerana percaya perkara itu terletak pada kuasa Allah SWT selain belum ada rezeki buat mereka.

“Saya dan isteri bersyukur atas segala rezeki yang dikurniakan. Kami juga berserah kepada qada dan qadar Allah SWT. Mungkin akan tiba juga masa yang betul-betul tepat dan sesuai, baru Allah hadiahkan kami zuriat,” katanya.

Hazama dan Genervie Kam juga pengarah muzik mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2017.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat