Dua kali Jumaat saja lagi Melaka akan bubar DUN – Ab Rauf

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mungkin akan diumumkan menjelang akhir bulan ini.

Berucap pada program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di DUN Sungai Udang pada Isnin, Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata pembubaran DUN akan dibuat dalam tempoh `dua kali Jumaat’ lagi.

“Tak lama lagi (akan bubar). Saya kata hari itu empat kali Jumaat lagi, (tetapi kini) dah tinggal dua kali Jumaat saja,” katanya ketika berucap pada majlis minum pagi dan sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Bertam Ulu, lapor Harian Metro di Melaka.

Turut hadir, Exco Kanan Negeri yang juga Penyelaras Pembangunan DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu Ab Rauf mempercepatkan pengumuman pembubaran DUN Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau dilaporkan berkata, pengumuman berkenaan tidak seharusnya ditangguhkan terlalu lama kerana rakyat, khususnya golongan muda perlu diberikan ruang untuk menentukan hala tuju dan masa depan negeri berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat