Lebih 1.4 Juta Kes Covid-19 Libatkan Individu Tiada Sejarah Vaksinasi – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 91.5 peratus atau 1,721,274 kes yang dilaporkan daripada keseluruhan 1,880,734 kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini membabitkan individu tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mendedahkan bahawa sebanyak 1,441,205 kes (76.6 peratus) terdiri daripada mereka tiada sejarah vaksinasi.

Beliau berkata, 280,069 kes atau 14.9 peratus pula adalah mereka yang tidak lengkap divaksinasi manakala baki 159,460 kes (8.5 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Menurutnya, bagi pecahan kes harian pula, 308 kes (1.66 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 18,239 kes (98.34 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.

Situasi itu katanya, jelas menunjukkan individu yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

“Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Justeru, mereka yang belum mengambil vaksin Covid-19 dinasihatkan segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti.

“Pada masa yang sama masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko dijangkiti,” katanya di sini hari ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat