Kim Jong Un Pecat Ketua Parti Di Wilayah Terjejas Taufan

- Advertisement -

KOREA UTARA: Kim Jong-un memecat ketua parti di sebuah Wilayah ketika melakukan lawatan ke kawasan pesisir yang dilanda taufan – di tengah-tengah desakan agar para pegawai “dihukum berat” kerana tidak mematuhi perintah, menurut laporan.

Televisyen KRT yang dikendalikan oleh Korea Utara memuatkan rakaman orang paling berkuasa di negara itu yang mengadakan pertemuan dengan pegawai dan berjalan di kawasan yang dilanda taufan.

Sementara Kim meninjau kerosakan yang disebabkan oleh angin taufan yang melanda daerah pesisir minggu lalu, taufan kesepuluh musim ini sedang melanda di Laut China Timur.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan lebih dari 1,000 rumah musnah di kawasan pesisir wilayah Hamgyong Selatan dan Utara dan melaporkan bahawa tanah pertanian dan beberapa bangunan awam telah tenggelam.

Kim mengetuai mesyuarat jawatankuasa polisi eksekutif yang diperbesar mengenai usaha pemulihan di kawasan yang dilanda taufan, dengan memusatkan perhatian pada langkah-langkah terperinci seperti menghantar krew pemulih bangunan ke kawasan bencana, termasuk mereka bentuk semula bangunan terjejas dan menguruskan pengangkutan bahan, kata KCNA.

Pada pertemuan itu, dia juga memecat ketua jawatankuasa parti Wilayah Hamyong Selatan dan melantik ketua baru.

Parti pemerintah Utara Korea telah mengenakan hukuman kepada pegawai yang gagal mematuhi keputusan kerajaan sehingga menyebabkan “berpuluh-puluh terkorban” semasa taufan, lapor akhbar parti rasmi negara itu pada Sabtu.

Dalam tindakan berasingan, Kim menghantar surat terbuka kepada ahli parti di ibu negara dengan mengatakan bahawa tahun ini telah menyaksikan “kesukaran yang luar biasa disebabkan oleh krisis kesihatan awam berlarutan di seluruh dunia” dan bencana alam.

Ia menambah bahawa Jawatankuasa Pusat Parti memutuskan untuk menghantar 12,000 ahli parti dari Pyongyang ke kawasan terjejas taufan untuk membantu komuniti pulih.

Korea Utara telah mengariskan “langkah praktikal” untuk mengurangkan kerosakan daripada taufan kesepuluh musim ini dengan memaklumkan kepada orang ramai lokasi rumah perlindungan dan laluan taufan, serta bagaimana untuk bertindak balas terhadap bencana tersebut, lapor KCNA.

Negara terpencil telah dilanda hujan lebat, banjir dan taufan dalam satu musim hujan yang paling buruk dalam sejarah.

Taufan Maysak telah melanda Semenanjung Korea pada hari Khamis.

Di Korea Selatan, ia menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang mati, sementara beribu-ribu yang lain tanpa kuasa elektrik – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat