Medac adakan Kerjasama Strategik Dengan Malakat Mall

- Advertisement -

CYBERJAYA: Penubuhan Malakat Mall sebagai pusat membeli-belah yang mengumpul usahawan Muslim adalah satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi dan menguatkan ekosistem ekonomi usahawan Muslim termasuk koperasi.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Seri Dr. Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam memastikan kelesterian ekosistem usahawan mikro dan koperasi, agensi-agensi di bawah MEDAC seperti SKM, TEKUN Nasional, dan SME Corp. Malaysia, akan mengenal pasti produk-produk usahawan mikro dan koperasi yang sesuai untuk dipasarkan di Malakat Mall.

“Setakat ini SKM telah berjaya menempatkan sebanyak 44 Stock-keeping Unit (SKU) produk daripada 7 buah koperasi di Malakat Mall,” kata Wan Junaidi ketika merasmikan Malakat Mall semalam.

Wan Junaidi juga berharap kerjasama KoPPIM dengan Malakat Mall ini mampu mentransformasikan landskap ekosistem koperasi.

“KoPPIM ditubuhkan bertujuan untuk menjadi sumber dana kepada pelaburan strategik terhadap Malakat Mall dalam usaha untuk membangunkan ekosistem ekonomi Islam.

Dengan motto “Pengguna Pemilik Ekonomi”, KoPPIM kini dalam misi membina 1 juta keahlian koperasi.

KoPPIM adalah satu inisiatif tambahan menerusi Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang telah dilancarkan pada 27 Mei 2020 lepas, bagi memastikan momentum perniagaan usahawan mikro dan juga koperasi kembali stabil dalam jangka masa setahun.

“ini Secara langsung membantu usahawan terlibat mahupun koperasi memainkan peranan bagi memulihkan semula ekonomi negara pasca C0VID-19”, ujarnya.

Wan Junaidi juga menjelaskan, inisiatif ini melibatkan perbelanjaan RM362.8 juta dimana sebanyak 29 program secara keseluruhan merangkumi 18 program baharu dan 11 program yang sedia ada.

Disamping itu, dalam menangani kelembapan operasi perniagaan akibat perlanjutan tempoh kawalan pergerakan akibat penularan COVID-19, MEDAC telah menyediakan Bantuan Koperasi Dalam PKPP COVID-19 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dimana tiga jenis bantuan disediakan seperti Bantuan Kecemasan Koperasi, Program Jualan Harga Patut (JHP) Koperasi dan Insentif Program Pemulihan Sektor Pelancongan Koperasi (PULIH).

“Untuk itu, MEDAC akan sentiasa menyokong usaha-usaha murni selaras dengan objektif Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) bagi mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondunsif”, katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat