GUA MUSANG: Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan premis kerajaan telah dijadikan markas parti Barisan Nasional (BN).
Katanya, agensi kerajaan perlu bebas dari dipaksa atau di peralatkan oleh parti politik
Beliau menggesa berhenti melakukan amalan tidak baik ini.
“Bangunan dan premis kerajaan serta asset dan pegawai kerajaan tidak sepatutnya menjadi markas parti,
‘Pilihanraya melibatkan parti dan bukan kerajaan.
“JAKOA KESEDAR FELCRA FELDA dan lain-lain perlu bebas dari dipaksa atau di peralatkan oleh parti politik,
‘Pegawai kerajaan tidak suka mereka di paksa melakukan arahan pemimpin parti tertentu.
Berhentilah dari amalan yang tidak baik ini…”, katanya menerusi catatan ringkas Facebook beliau.