Haziq Hussni pengacara baharu Melodi bersama Ain Edruce

- Advertisement -

Petaling Jaya: Teka-teki siapa pengacara baharu program Melodi TV3 yang digandingkan dengan Ain Edruce akhirnya terjawab apabila penyampai radio dan pengacara, Haziq Hussni diperkenalkan sebagai pengacara program hiburan popular itu hari ini.

Haziq diperkenalkan kepada penonton secara langsung dalam program Melodi yang disiarkan, tengah hari, hari ini.

Sebelum ini, Ain yang menyertai Melodi sebagai pengacara pada Julai lalu pernah digandingkan dengan beberapa hos jemputan seperti Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad dan Shalma Aina.

Nama Haziq sebagai pengacara baharu Melodi bersama Ain hangat diperkatakan sejak minggu lalu.

Namun, nama pelakon, Sean Lee turut menjadi perhatian. Sean dikatakan menjadi ‘pesaing’ Haziq kerana pernah mengacarakan Mbuzz dan diyakini dia juga tidak kekok dalam mengacarakan rancangan hiburan berikutan sudah menerima banyak tawaran dalam pelbagai rancangan.

Bagaimanapun, Haziq menjadi pilihan pihak penerbitan untuk mengacarakan Melodi kerana pengalamannya termasuk pernah menjadi hos Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL 34) lalu.

Melodi sebelum ini pernah dihoskan pelakon Nabila Huda, yang tamat kontrak dan digantikan oleh Ain Edruce.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat