Michelle Yeoh terima ijazah kehormat dari AFI

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Tan Sri Michelle Yeoh, 60, bakal dianugerahkan ijazah kehormat dari Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangan besar beliau dalam industri perfileman Hollywood.

Michelle yang juga anak kelahiran Ipoh, Perak baru-baru ini mencipta kejayaan luar biasa menerusi filem komedi Everything Everywhere All at Once.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AFI, Bob Gazzale berkata, impak ditinggalkan Michelle di seluruh dunia sangat luar biasa dan selayaknya menerima pengiktirafan itu.

“Michelle Yeoh menjadi inspirasi seluruh dunia menerusi bakat luar biasanya. Dedikasi ditunjukkan terhadap bidang seni amat membanggakan AFI,” katanya.

Acara penganugerahan itu akan berlangsung pada 13 Ogos ini di TCL Chinese Theatre in Hollywood.

Filem Everything Everywhere All at Once tulisan dan arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu turut dibintangi Stephanie Hsu, Ke Huy Quan, Jenny Slate, Harry Shum Jr., James Hong dan Jamie Lee Curtis.

Filem itu berjaya menerima reviu positif termasuk skor 95 peratus daripada Rotten Tomatoes.

Michelle sudah berlakon lebih 70 filem antaranya Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies dan Crazy Rich Asians.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat