Akim, Stacy sambut Isa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan, Selangor, pada jam 10.19 pagi tadi.

Berkongsi keterujaan, suaminya, Akim Ahmad berkata, buat julung kali, dia dapat menemani Stacy atau nama sebenar, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 31, di dewan bersalin.

“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu.

Akim berkongsi berita gembira kelahiran bayi lelaki melalui hantaran Instagram (IG), pagi tadi. Foto IG Akim Ahmad
Akim berkongsi berita gembira kelahiran bayi lelaki melalui hantaran Instagram (IG), pagi tadi. Foto IG Akim Ahmad

 

“Tidak dapat hendak gambarkan perasaan saya detik itu… Sangat luar biasa. Selain itu, saya diberi peluang untuk bersama anak saya dalam sesi khas untuk mengukuhkan ikatan antara ayah dan bayi yang baru lahir,” katanya kepada BH Online.

Mengenai nama anak, Akim atau nama sebenar, Afiq Hakim Ahmad, 31, memberitahu, dia memilih Isa.

“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella.” katanya sambil tertawa.

Berita mengenai kelahiran anaknya itu turut dikongsi vokalis kumpulan Akim & The Majistret ini melalui entri Instagram (IG).

Entri itu berbunyi:

“Segala pujian selayaknya untuk-Mu ya Allah. Pada jam 10.19 pagi 6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 Hijrah, isteriku sayang, Stacy selamat melahirkan anak lelaki kami.

“Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku… Allahu Akbar,” tulisnya.

Perkongsian itu disertakan paparan foto bayi yang hanya separuh wajah didedahkan.

Sementara itu, meninjau ruangan komen, ramai pengikut dan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan terbabit.

Antaranya Hafiz Suip, Indah Ruhaila, Ronnie Hussein, Shahrul Ikmal dan Ikhwan Fatanna.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya perempuan, Eshaal Afiq Akim yang berusia lima tahun.

Mereka mempunyai anak angkat, Bella De Luna Valentina berusia 10 tahun.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat