Bacaan oksigen Siti Sarah meningkat

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR: Paras bacaan oksigen penyanyi, Siti Sarah Raisuddin meningkat pagi ini, sekali gus menunjukkan perkembangan positif, berbanding semalam.

Perkara itu dijelaskan suaminya, pelawak, Shuib Sepahtu melalui perkongsian Instagram Stories (IGs), sebentar tadi.

“Setakat pagi ini, Sarah masih belum sedar… Masih perlukan bantuan alat pernafasan.

“Alhamdulillah ada peningkatan. Jam 11 malam tadi, oksigen jatuh hingga paras 40 peratus tetapi pada jam 2 pagi, naik 77 peratus.

“Sebentar tadi, doktor maklumkan paras oksigen Sarah meningkat 80 peratus,” katanya.

Shuib atau nama sebenar, Shahmira Mohamad bersyukur isterinya mula memberi tindak balas positif.

Melalui entri berkenaan, bekas penyampai stesen radio Hot FM itu memohon semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi yang dilahirkan, semalam.

 

Shuib memaklumkan pengikut Instagram (IG) mengenai perkembangan terkini Siti Sarah melalui perkongsian Instagram Stories (IGs), pagi tadi. Foto IG Shuib Sepahtu

Shuib memaklumkan pengikut Instagram (IG) mengenai perkembangan terkini Siti Sarah melalui perkongsian Instagram Stories (IGs), pagi tadi. Foto IG Shuib Sepahtu

 

“Saya harap semua yang melihat perkongsian ini terus mendoakan isteri saya dan anak. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” katanya.

Siti Sarah yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dimasukkan ke hospital, Rabu lalu, berikutan tahap oksigen yang tidak stabil.

Kira-kira jam 5 petang semalam, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah, suami bersama tiga anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas kuarantin 14 hari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat