Penahanan Guan Eng Disambut Dengan ‘Super Ring’

- Advertisement -

Cyberjaya – Snek makanan ringan Super Ring kembali menjadi tumpuan ekoran penahanan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang akan di dakwa esok atas kesalahan rasuah.

Ia dipercayai sebagai sindiran balas terhadap Guan Eng yang sebelum ini memuatnaik klip video sedang memakan Super Ring bersama Presiden Amanah, Mohammad Sabu.

Klip video tersebut dikatakan bertujuan untuk meraikan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tinjauan SuaraTV mendapati, garis masa media sosial dipenuhi dengan pelbagai gelagat masyarakat meraikan berita pengkapan tersebut.

“Makan lah Super Ring. Faham-faham sahajalah. Super Ring hari ini rasa banyak special sedap. Mahu cuba?” soal Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Untuk rekod Cheng Guan merupakan antara tokoh politik yang konsisten mengkritik pentadbiran Guan Eng ketika menjawat jawatan sebagai ketua menteri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar turut memuat naik status berkaitan snek ringan tersebut di Facebooknya.

“Singgah mini market mencari jajan untuk dimakan malam ni sambil-sambil layan FB,” tulisnya, diiringi dua emotikon, yang setakat ini mendapat hampir 3,000 tanda ‘like’.

Selain itu, bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Amran Ahmad juga dilihat turut beliau menikmati Super Ring berlatar belakangkan ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Penceramah bebas, Ustaz Ahmad Husam Dato’ Baderuddin menerusi status terbarunya juga turut mengajukan pertanyaan berkaitan isu itu disertakan dengan gambar beliau sedang menikmati snek tersebut.

“Betul ke Guang Eng kena tahan dengan SPRM,” soalnya.

Tidak ketinggalan Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan, dilihat mengeluarkan kenyataan sinis terhadap Guan Eng.

“Susahlah macam ni. Risau terlalu kerap terserempak dengan dia di kompleks mahkamah nanti,” sindir Najib di laman Facebook sebentar tadi.

Tidak cukup dengan itu, Najib turut berkongsi kembali muatnaik beliau mengenai skandal terowong pada 16 Desember tahun lalu.

“Saya kongsi sekali lagi cara licik depa gasak berpuluh-puluh bilion Ringgit.

“Dah hampir 10,000 kongsian sejak saya tulis bulan Disember lalu tetapi tak pernah sekalipun DAP sangkal,” ujarnya lagi.

Lewat malam tadi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata bekas menteri kewangan itu akan dikenakan tiga pertuduhan di mahkamah, masing-masing pada esok, Isnin dan Selasa ini.

“7 Ogos 2020, jam 9.00 pagi (di dakwa) di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta Rasuah SPRM 2009.

“10 Ogos 2020, jam 9.00 pagi (di dakwa) di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua pertuduhan itu adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang,” memetik kenyataan tersebut.

Seterusnya pada 11 Ogos 2020, pada jam 9.00 pagi Guan Eng juga akan di dakwa di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama.

Bagaimanapun pertuduhan ketiga itu membabitkan satu lagi kes berlainan yang tidak dinyatakan.

Ekoran penahanan itu, Guan Eng akan bermalam di ibu pejabat SPRM sebelum dibawa ke mahkamah pagi keesokan harinya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat