Skandal Terowong: Guan Eng Didakwa Atas 3 Pertuduhan

- Advertisement -

Putrajaya – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan dikenakan tiga pertuduhan di mahkamah, masing-masing pada esok, Isnin dan Selasa ini.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui satu kenyataan media lewat malam tadi.

“7 Ogos 2020, jam 9.00 pagi (di dakwa) di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta Rasuah SPRM 2009.

“10 Ogos 2020, jam 9.00 pagi (di dakwa) di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua pertuduhan itu adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang,” memetik kenyataan tersebut.

Seterusnya pada 11 Ogos 2020, pada jam 9.00 pagi Guan Eng juga akan di dakwa di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama.

Bagaimanapun pertuduhan ketiga itu membabitkan satu lagi kes berlainan yang tidak dinyatakan.

Ekoran penahanan itu, Guan Eng akan bermalam di ibu pejabat SPRM sebelum dibawa ke mahkamah pagi keesokan harinya.

Terdahulu SPRM telah menemu bual Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan bekas exco negeri itu Dr Afif Bahardin bagi membantu siasatan berhubung skandal projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion.

SPRM turut menahan reman empat hari, bekas Setiausaha Politiknya, Jefrry Chew pada 1 Julai lalu untuk membantu siasatan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat