Ahli Parlimen DAP Anjur Solidariti Bersama Guan Eng

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok Suh Sim menganjurkan kempen ‘Solidariti Bersama Lim Guan Eng’ yang dikatakan ditahan atas sebab politik.

Bekas menteri industri utama itu berkata demikian melalui laman Facebook sebentar tadi.

“SPRM telah menahan Lim Guan Eng. Tiada satu pun bukti yang menunjukkan salah laku (kes rasuah). Perikatan Nasional telah memulakan penahanan politik. #SolidarityWithLGE,” katanya sambil memuat naik poster Guan Eng sebagai tanda sokongan.

Selain itu Ahli Parlimen Belia Pulau Pinang, Farid Maulud turut menyokong kempen tersebut dengan memuatnaik poster yang sama.

Lewat malam tadi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Guan Eng akan dikenakan tiga pertuduhan di mahkamah, masing-masing pada esok, Isnin dan Selasa ini.

Dia di dakwa berhubung kes skandal projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Bagaimanapun bagi pertuduhan ketiga Guan Eng bakal dituduh berhubung kes rasuah yang melibatkan pembelian sebuah lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Ekoran penahanan itu, Guan Eng akan bermalam di ibu pejabat SPRM sebelum dibawa ke mahkamah pagi keesokan harinya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat