RM10 bilion disalur kerajaan bantu kelangsungan FELDA – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan akan menyalurkan RM10 bilion untuk tempoh 10 tahun kepada FELDA melalui terbitan sukuk bagi memastikan kelangsungan agensi rancangan tanah berkenaan.

Peruntukan itu diluluskan bulan lalu oleh Kementerian Kewangan (MoF) bagi memastikan kelangsungan agensi rancangan tanah berkenaan.

Selain peruntukan itu, Anwar memaklumkan, kerajaan akan turut menanggung subsidi diesel sebanyak RM36 juta bagi penjanaan tenaga dan bekalan air bersih.

“Kerajaan juga meluluskan peruntukan RM21 juta bagi pembinaan pusat hemodialisis bagi kegunaan 2,000 pesakit di kawasan rancangan FELDA.

“Selain itu sebanyak 283 unit Perumahan Generasi Baharu FELDA (PBGF) akan disiapkan segera oleh kerajaan,” katanya berucap pada sambutan Hari Peneroka FELDA 2023 dihadiri kira-kira 10,000 warga FELDA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Seramai 10,000 warga Felda termasuk dari Sabah hadir pada majlis sambutan itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan akan menjadikan FELDA sebagai peneraju
transformasi digital menerusi program Digital Madani bagi memperkasa ekonomi gig.

“Program dengan kerjasama MDEC ini akan dilaksanakan di 30 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang dikenal pasti seluruh negara serta program jangka panjang di Kolej Yayasan FELDA di Kelana Jaya.

“Selain itu, bagi terus meningkatkan kualiti hidup warga peneroka di kawasan rancangan FELDA, kerajaan bersetuju untuk menanggung perbelanjaan kos operasi bagi 37,012 lampu jalan di rancangan FELDA seluruh negara. Ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM7.7 juta setahun,” katanya.

Kata Anwar lagi, bagi menyediakan infrastruktur kesihatan yang lebih komprehensif buat warga peneroka, Kerajaan akan membina 12 buah Pusat Hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta di kesemua wilayah FELDA dan sebuah lagi di premis Yayasan FELDA di Kelana Jaya.

“Pembinaan pusat dialisis ini dijangka dapat memberi manfaat dan meringankan beban hampir 2,000 pesakit di kawasan rancangan FELDA yang selama ini terpaksa menempuh perjalanan sehingga dua jam bagi mendapatkan rawatan dialisis.

“Juga selain menjamin aspek penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk peneroka asal yang telah berumur, Kerajaan memperkenalkan insentif khas Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) sebanyak RM300 bagi warga peneroka berumur 65 tahun ke atas dengan peruntukan keseluruhan RM21.21 juta yang bakal memberi manfaat kepada 70,715 peneroka orang peneroka,” umum beliau.

Tambah Perdana Menteri, kerajaan juga tidak meminggirkan warga peneroka yang berada di Sabah.

“Sejak Julai 2021, FELDA telah membelanjakan hampir RM128 juta bagi penjanaan tenaga serta rawatan dan pembekalan air bersih di Kompleks Sahabat, Umas dan Kalabakan.

“Sebagai manifestasi keprihatinan Kerajaan, (kelima) saya mengumumkan subsidi diesel berjumlah RM36 juta setahun ditampung oleh kerajaan bagi operasi penjanaan tenaga dan rawatan air yang akan memberi manfaat kepada hampir 43 ribu penduduk di kawasan tersebut.

“Bagi membantu menyelesaikan isu Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang terbengkalai, kerajaan akan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi segera menyiapkan baki 283 unit perumahan PGBF,” ujarnya.

Menteri Kewangan itu juga mengumumkan, kerajaan mempertimbangkan usaha drastik bagi membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi lain seperti sawit, kelapa atau yang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan kerajaan negeri masing-masing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat