Dulu Zahid tunggang isu pembebasan Najib, sekarang terpaksa rayu sokongan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan sebelum Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau didakwa menunggang isu pembebasan Datuk Seri Najib Razak namun sehingga kini masih belum menunaikan janjinya kepada penyokong tegar bekas Perdana Menteri itu.

Ekoran kegagalan melunaskan janji yang ditunggang itu kini Zahid terpaksa menguruskan situasi itu sendiri termasuk merayu sokongan daripada penyokong tegar Najib untuk menyokong calon daripada Kerajaan Perpaduan.

Bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, adalah janggal Zahid sebagai seorang Presiden Umno terpaksa merayu sokongan daripada penyokong Najib yang juga ahli parti yang dipimpinnya.

“Nampak direct dia (Zahid) address penyokong Bossku – orang Umno yakni ahli parti yang dia pimpin.

“Kedudukan Presiden di mata penyokong-penyokong Bossku ada sedikit terkesan.

“Ada kelompok kepimpinan Umno termasuk Presiden sendiri yang tunggang isu ini Bossku ini sebelum ini, tapi tak dapat tunaikan.

“Main isu pembebasan Najib sebelum PRU, sebelum jadi TPM maka di mata penyokong Bossku Zahid tak dapat tunaikan (pembebasan Bossku)dia kena handle,” kata Shahril dalam podcast Keluar Sekejap pada Jumaat.

Sementara itu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar malah menegaskan kesan kegagalan Zahid itu sangat ketara di media-media sosial terutamanya di kalangan penyokong Najib.

“Bukan sedikit kita tengok kepada media sosial akaun-akaun yang selama ini yang dikenali sebagai akaun penyokong tegar Bossku memang direct sebut sekiranya Bossku tidak diberikan pengampunan mereka bukan saja tidak akan keluar mengundi tapi mungkin akan undi PN.

“Saya rasa Zahid ulas mengenai perkara itu,” ujar Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat