PRN: Tanding atau Tidak, Saya Tetap Akan Bantu Kempen BN – Tengku Zafrul

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti sama ada akan mencalonkan beliau atau tidak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor nanti.

Memetik laporan Awani, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menjelaskan, setakat ini beliau belum menerima sebarang tawaran untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Saya boleh confirm saya tidak ada terima apa-apa tawaran untuk bertanding di mana-mana kerusi pun.

“Tetapi sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, saya akan terus membantu pucuk pimpinan di Selangor dan juga di persekutuan untuk memastikan kita menang di Selangor, itu yang lebih penting.

“Sama ada saya bertanding atau tidak bertanding, saya serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan kerana mereka lebih tahu.

“Saya akur dengan pucuk pimpinan parti tetapi yang pentingnya kita pastikan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menang,” katanya.

Terdahulu, nama Tengku Zafrul sebelum ini antara yang disebut-sebut akan bertanding di DUN Sungai Kandis namun difahamkan rundingan antara BN dan PH tidak mencapai kata putus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat