640 Perajurit Muda tamat Kursus Asas Tentera Laut

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

TANJUNG PENGELIH – Seramai 640 pelatih telah menyertai Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Siri 226 /23 di Padang Kawad KD Sultan Ismail (KDSI) pada Sabtu.

Mereka berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) selama 6 bulan di mana ianya perlu ditempuhi oleh setiap anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dalam perkhidmatan TLDM.

Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) TLDM dalam kenyataannya berkata, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Hj. Muhamad Ruzeime Ahmad Fahimy telah diberi penghormatan sebagai Laksamana Pemeriksa bagi menyempurnakan perbarisan tersebut.

Muhamad Ruzeime dalam ucapannya berharap agar latihan yang telah diberikan kepada Perajurit Muda berupa menjadikan mereka ‘The Navy People’ yang terampil dan berdisiplin bagi mencapai visi TLDM ke arah sebuah angkatan laut yang kredibel.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MPPL dan barisan staf serta jurulatih KDSI atas bakti yang ditaburkan bagi melahirkan bakal pewaris kesinambungan kecemerlangan TLDM

Menurut kenyataan itu lagi, perbarisan kali ini telah diadakan serentak dengan perbarisan tamat latihan Perajurit Muda perkhidmatan Darat dan Udara.

Katanya, mereka telah menjalani latihan medan, kawad kaki, penembakan senjata kecil, renang dan rakit penyelamat serta latihan di kapal telah diterapkan kepada semua pelatih.

Latihan ini berjaya mentransformasi sikap serta minda Perajurit Muda daripada individu awam kepada seorang anggota tentera yang berkaliber.

Tambahnya, mereka akan menjalani latihan kemahiran sesuai dengan kepakaran sebagai anggota TLDM bagi menggalas tugas serta amanah mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Ketabahan, ketahanan dan kecekalan dititikberatkan dalam meniti kehidupan seharian sebagai anggota TLDM bagi menjulang cogankata ‘Sedia Berkorban ’ demi memartabatkan kedaulatan negara tercinta.

Dalam pada itu, sebagai pengiktirafan dan kegigihan serta kesungguhan perajurit sepanjang menjalani latihan, penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Panglima Armada Timur.

Divisyen Pendekar di bawah bimbingan Divisyen Komander, Pegawai Waren II JTP (I) Mohamad Zaki Abd Aziz dan dibantu oleh Bintara Muda PAP Nabil Fikri Akal Ali telah dinobatkan sebagai Divisyen Terbaik Keseluruhan.

Pemenang bagi Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Lelaki disandang oleh Laskar Muda Ahmad Fairoz Ahmad Burhannuddin manakala Laskar Muda Noor Azizah Mohd Ali pula dianugerahkan Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Wanita ”tambah kenyataan itu lagi. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat