Yusof Ishak Institute undang Nazri Aziz bincang isu UMNO dan cabaran berdepan PRU15

- Advertisement -

CYBERJAYA: Yusof Ishak Institute (ISEAS), mengundang Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohamed Nazri diundang memberi pandangannya pada seminar selama sejam bermula 10 pagi yang dijadualkan pada 14 Julai nanti.

Seminar bertajuk ‘UMNO dan Pilihan Raya Umum Malaysia akan datang: Pemimpin, Agenda, Akar Umbi’ ini disokong oleh Yayasan Temasek sebagai sebahagian daripada siri Malaysia in Focus.

Menurut makluman di laman sesawang ISEAS, pada seminar itu nanti, Mohamed Nazri dijadualkan membincangkan berbagai isu mendesak.

Antaranya, apakah imbangan kuasa antara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan bagaimana Ismail akan berunding ke hadapan?

Selain itu Mohamed Nazri juga akan membincangkan bagaimana UMNO akan bertindak balas terhadap kempen Perikatan Nasional (PN) bahawa parti itu mempertahankan kepentingan Melayu tanpa rasuah.

ISEAS merupakan sebuah pusat penyelidikan terkemuka di Singapura yang menjalankan kajian sosio-politik, keselamatan, dan trend dan perkembangan ekonomi di Asia Tenggara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat