PM Ucap Selamat Ulang Tahun Kepada FELDA dan Warga Peneroka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat ulang tahun ke-66 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini.

Beliau menzahirkan rasa bangga melihat arus kemajuan dikecapi FELDA hasil usaha gigih yang disumbangkan oleh warga penerokanya.

“Semoga FELDA terus maju dan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan seluruh warga peneroka dan generasi akan datang,” katanya dalam kemas kini di laman Facebook rasmi beliau.

FELDA menyambut ulang tahun ke-66 penubuhannya dengan tema ‘Kejayaan Dalam Keberkatan.’

Ia ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar melalui pembukaan kawasan tanah rancangan dan penempatan peneroka.

FELDA telah memperkenal model pembangunan tanah yang melibatkan pemberian tanah dan bantuan sosioekonomi serta terlibat secara langsung dalam pembangunan dan pengurusan tanah. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat