Hidup Perlu Bertenang – Zahid

- Advertisement -

KUALA lumpur – ‘Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan gelabah menyerang itu dan ini. Nasihat saya tenang-tenang sahaja’, demikian status Facebook yang dimuatnaik oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Tanpa menyebutkan nama mana-mana pihak, Zahid menyeru agar perbanyakkan istighfar, sentiasa mengingati Allah dan bertenang dalam hidup.

“Dalam hidup perlu bertenang. Jika kurang bertenang boleh “stress”. Kalau “stress” terjejas kesihatan.

“Maka banyakkan beristighfar. Sentiasa mengingati Allah S.W.T dan perbanyakkan selawat kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kasihi rakyat dan negara,”

Dengan menggambarkan tekanan yang dialami oleh ramai pihak, beliau menambah bahawa ‘Mak cik Kiah dan Pak Saleh’ juga turut bertenang biarpun jelasnya dapur tidak berasap.

“Makcik Kiah dan Pak Saleh pun bertenang sahaja walau dapur lama kosong tidak berasap. Meskipun dalam hati mereka tiada siapa yang tahu. Hanya Yang Maha Esa lagi Maha mengerti Maha mengetahui lagi Maha mengasihani.

“Saya dan UMNO pula terlalu risaukan mereka. Sebab itu kami kerap ‘menegur saling mengingatkan’. Sesungguhnya masa itu tidak dapat kita putarkan kembali. Jangan pula kita menjadi dalam golongan manusia yang sentiasa dalam kerugian.

Zahid turut meminta agar mereka yang beriman dan beramal soleh untuk bertaubat dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran serta berpesan-pesan kepada kesabaran.

“Tidak mengapa memang tanggungjawab parti keramat UMNO membela nasib rakyat. Namun suka juga saya menasihatkan cukup-cukuplah membuat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang menambahkan lagi dosa kering.

“Jangan ditambah dosa kering, dosa yang ada pun tidak terkira banyaknya, ibarat buih-buih dilautan banyaknya. Bersamalah kita perbanyakkan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T yang Maha pengampun lagi Maha penyayang.

“Andaian demi andaian sebagai senjata menyerang sosok ini bukan pengubat “stress”. Hati yang tenang dan damai paling mujarab. Begitu jua saya menguruskan dalam sesuatu perkara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat