Sabah Tuan Rumah Hari Malaysia 2021

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini memaklumkan bahawa Sabah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, sambutan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 16 September depan dan disambut secara sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jelasnya, perkara tersebut telah dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa induk Hari Malaysia secara maya yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, semalam.

“Sambutan akan diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Kita berkemungkinan mengehadkan kepada 500 orang sahaja tetapi ia bergantung kepada situasi semasa COVID-19.

“Kita berterima kasih dan menghargai keputusan kerajaan Pusat atas kepercayaan dan penghormatan yang diberikan untuk Sabah sekali lagi menganjurkan sambutan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bung yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa Penganjur Hari Malaysia peringkat negeri berkata, dengan bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ satu persembahan khas dari artis-artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dipersembahkan bagi mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dalam sama-sama menangani wabak COVID-19.

“Kita berharap melalui sambutan Hari Malaysia bukan sahaja menyuntik semangat patriotik rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan genersi muda, dalam pembentukan negara yang bersatu padu dan harmoni.

“Selain itu, sambutan ini juga kita mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama bersoladariti memerangi pandemik COVID-19,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat