SPRM Tahan Tiga Beranak Jadi Dalang Tuntutan Palsu Perkeso

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga beranak dipercayai menjadi dalang membuat tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut sumber kepada Sinar Harian, ketiga-tiga individu yang berusia antara 35 hingga 67 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.15 petang semalam di SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya selepas hadir untuk memberi keterangan.

“Kesemua mereka disyaki bertindak sebagai ejen sindiket pemalsuan laporan perubatan Orang Berinsuran (OB) dalam kalangan pencarum Perkeso yang membuat permohonan tuntutan hilang upaya sementara, hilang upaya kekal dan pencen ilat,” katanya

Menurut sumber itu lagi, laporan perubatan yang dikemukakan oleh pemohon tersebut dipercayai mempunyai maklumat palsu bagi membolehkan bayaran pampasan dibuat oleh Perkeso.

Katanya, pemohon pula perlu membayar sejumlah wang kepada ejen terbabit selepas memperoleh pampasan.

Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan antara tahun 2015 dan 2018 melibatkan nilai pampasan lebih RM1 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Ketiga-tiga mereka dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok (hari ini) untuk mendapatkan perintah permohonan reman,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat