Polis Terengganu Guna Dron Kesan Suhu Badan Tinggi Di Tempat Awam

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menggunakan teknologi dron bagi membantu pasukan pemantauan mengesan individu yang mempunyai suhu badan tinggi khususnya ketika berada di kawasan awam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, dron berkenaan diterbangkan di tempat tumpuan ramai di sekitar bandar raya ini sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh dikuatkuasakan.

Dilengkapi teknologi pengimbas suhu, dron itu mampu membantu pihak berkuasa mengesan suhu badan tinggi dalam kelompok manusia dari jarak 20 meter di udara.

“Dron ini mampu memaparkan di skrin, mereka yang suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius, seperti yang kita tetapkan.

“Jadi, ia akan menyalakan lampu merah dan anggota penguatkuasa kita akan segera ke lapangan untuk mengenal pasti individu bergejala itu,” katanya kepada pemberita selepas memantau sekatan jalan raya di Jambatan Sultan Mahmud semalam.

Menurutnya, dron telah digunakan sejak dua tiga hari lepas dan ia sangat membantu pasukannya kerana pihaknya tidak dapat memantau setiap lokasi atau premis yang menjadi tumpuan.

“Walaupun kita ada 157 pasukan pemantauan SOP (Prosedur Operasi Standard), mereka bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

“Ini menyebabkan mereka tidak dapat memantau semua tempat secara serentak termasuk mengesan individu bergejala yang berada di tempat awam,” tambah Rohaimi.

Katanya, penggunaan dron yang turut dilengkapi pembesar suara pernah digunakan ketika PKP 1.0 iaitu bagi membuat pengumuman kepada orang ramai.

Menurutnya, penggunaan dron kali ini lebih kepada tindakan penguatkuasaan untuk mengenal pasti pelanggaran SOP dalam kalangan masyarakat.
Jelas Rohaimi lagi, dron yang digunakan sejak beberapa hari lalu itu dikendalikan sebuah syarikat swasta di negeri ini sepanjang tempoh PKP 3.0.

Katanya, syarikat yang berpengkalan di Kuala Terengganu itu sekali lagi tampil menyumbangkan kepakaran bagi membantu pasukan beruniform itu secara percuma.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat