RUU asing peranan AG, PR dilaksanakan secara teliti, berprinsip, berlandaskan Perlembagaan – Azalina

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI kekal komited untuk memastikan proses pengasingan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PR) dilaksanakan secara teliti, berprinsip dan berlandaskan Perlembagaan, selaras dengan usaha memperkukuh doktrin pengasingan kuasa serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Azalina berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Bilangan Ke-5 dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata mesyuarat kali ini sebagai kesinambungan kepada siri mesyuarat terdahulu dalam usaha memperhalusi cadangan pindaan Perlembagaan yang berkaitan.

“Mesyuarat kali ini juga memberi tumpuan kepada penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) ekoran penelitian lanjut terhadap syor-syor yang telah dipersetujui dalam mesyuarat bilangan ke-4.

“Dalam mesyuarat itu , jawatankuasa telah mendengar pembentangan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berkenaan cadangan draf RUU baharu yang dirangka berdasarkan syor-syor tersebut, ”katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, jawatankuasa juga turut menyasarkan untuk memuktamadkan RUU ini dalam masa terdekat sebelum suatu penyata yang mengandungi cadangan pindaan dikemukakan menjelang mesyuarat terakhir yang dijadualkan pada 18 Mei ini.

“Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli JKPK iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong, Selayang, Bangi, Lubok Antu, Bukit Gelugor, Tawau dan Muar, manakala Ahli Parlimen Alor Gajah, Larut, Beluran dan Kota Bharu tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,”ujarnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat