Suami Joanna Alexandra meninggal dunia

- Advertisement -

Jakarta: Suami pelakon Joanna Alexandra, 34, iaitu Raditya Oloan, 36, meninggal dunia jam 6.13 petang semalam selepas kesihatannya merosot baru-baru ini.

Bagaimanapun, Joanna tidak menyatakan suaminya meninggal dunia di mana.

Ucapan takziah membanjiri media sosial Joanna yang mendoakannya kuat dengan ujian itu.

Sahabat terdekat turut memuat naik hantaran dedikasi buat mendiang Raditya.

Kelmarin, Joanna sempat memuat naik gambar mereka berdua di Instagram. Dia memaklumkan suaminya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu, Raditya dilaporkan dijangkiti virus Covid-19 sebelum disahkan sembuh pada 30 April lalu. Bagaimanapun, tahap kesihatannya selepas itu merosot sehingga terpaksa ditahan terus di hospital.

Dikhabarkan, mendiang juga tidak sempat pulang ke pangkuan keluarga selepas itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zuriel Paris Jedidiah, Zeraiah Moria Phinehas, Zoey Havilah Salajena dan Ziona Eden Alexandra.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat