Kediaman Chris Brown diserbu polis

- Advertisement -

Los Angeles: Pesta hari jadi ke-32 penyanyi Chris Brown terbantut apabila kediamannya diserbu polis selepas mendapat laporan bunyi bising daripada penduduk kawasan kejiranannya, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan jumlah sebenar yang hadir tetapi NBC4 melaporkan terdapat kira-kira 300 hingga 500 kereta diletakkan di kawasan kediamannya itu.

Tiada penangkapan dibuat dan menurut polis, semua yang hadir memberikan kerjasama dengan baik. Penyanyi With You berkenaan dikatakan mengadakan pesta besar-besaran untuk menyambut ulang tahun kelahirannya.

Dia menjemput ramai kenalan terdekat untuk meraikan pesta itu.

Bagaimanapun, ia bertukar kecoh apabila bunyi bising dari kediamannya mengganggu kawasan kejiranan itu.Parkir juga dipenuhi kereta yang mengganggu lalu lintas di sana.

Walaupun sudah memperlahankan bunyi muzik, polis tetap mengarahkan tetamu untuk bersurai.

Ada pemilik kereta turut dikenakan saman kerana meletak kereta di kawasan larangan.

Beberapa video Brown berpesta ketika itu turut dikongsi di media sosial. Ia jelas berlangsung tanpa kawalan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) keselamatan.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat