‘Penting untuk ambil vaksin’ – Elfira Loy

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Ujian swab lagi sakit berbanding suntikan vaksin,” kata pelakon Elfira Loy, 27, berkongsi pengalamannya menerima suntikan vaksin AstraZeneca pada Selasa lalu.

Elfira berkata, dia gembira kerana berjaya menerima suntikan dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

“Namun untuk permulaan saya buat untuk diri sendiri, manakala suami diletakkan, Ahad ini. Mana tahu kalau berlaku apa-apa kepada saya,” katanya.

Elfira mengakui dia seorang yang takut berjumpa doktor, namun pada masa sama teruja dengan keberkesanan vaksin.

“Saya rasa ia sangat penting dan lambat laun memang kena juga ambil. Itu yang saya buat keputusan ambil dari awal. Prosesnya pun lancar. Kita ikut arahan yang ditunjukkan. Ia sangat cepat dan efisyen. Saya memang terkejut kerana amat senang.

“Saya juga selalu baca kesan selepas suntikan akan nampak selepas lima atau enam jam. Tapi tengoklah saya boleh datang majlis seperti biasa,” katanya yang hadir pada majlis perasmian kempen Anti Buli Siber anjuran Himaya Premium Hijab Mask yang berlangsung di sebuah hotel terkenal di sini, semalam.

Elfira berkata, keputusannya untuk mengambil vaksin dibuat demi anaknya Muhammad Rayyan Khalaf, 2, selain kerjanya yang memerlukan dia kerap berada di luar.

“Kes jangkitan pun banyak sekarang dan ini yang terbaik. Diakui awalnya saya rasa takut jumpa doktor dan kesannya. Bila terlalu takut, kita akan cari kesan yang buruk. Tapi kalau dilihat banyak kesan baik berbanding buruk. Saya memang fokus pada mereka yang cerita positif.

“Dos kedua akan diambil lagi tiga bulan. Saya buat pendaftaran awal semasa pengumuman dengan masukkan nama saya, suami, emak dan adik. Emak akan terima suntikan minggu depan,” katanya. Menurutnya, apabila sudah terima vaksin, dia boleh berkongsi cerita untuk tambahkan keyakinan masyarakat terhadapnya.

“Saya harap ini akan buka hati orang lain untuk mendaftar dan terima vaksin apabila pendaftaran dibuka lagi pada masa akan datang,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat