Bekalan cukup, vaksin berjalan ikut jadual – Dr Adham

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia dan yakin pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan berjalan mengikut jadual ditetapkan.

Ini kerana, tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, jumlah vaksin yang diterima setakat ini mencukupi.

Bahkan, Dr Adham juga tidak menolak program yang kini berada di fasa dua mungkin dapat diselesaikan lebih awal.

Menurut beliau, terbaharu, 3.52 juta dos bagi ketiga-tiga jenis vaksin iaitu AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac akan diperoleh pada bulan ini yang boleh dimanfaatkan bagi suntikan kepada lebih 1.5 juta penerima.

“Pada 19 April kita sudah mula fasa kedua sehingga bulan Ogos dan bekalan vaksin akan lebih (surplus) bermula bulan Jun.

“Bulan ini sahaja kita akan dapat 3.52 juta vaksin yang kita kenal pasti dan telah kita buat compliment… jadi kita yakin kita akan buat vaksinasi lebih pantas, kita telah dapat mengesahkan penghantaran (vaksin) mengikut jadual yang telah kita lakukan dan patuhi,” kata Dr Adham memetik Astro Awani.

 

Semalam, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, vaksin mungkin tidak cukup untuk memulakan fasa 3 PICK seperti dirancang memandangkan bekalan dijangka tiba lebih lambat.

Menurut Khairy, syarikat farmaseutikal pengeluar vaksin lebih memberi keutamaan pemberian vaksin kepada negara maju berbanding negara membangun.

Mengulas lanjut, Dr Adham optimis bekalan vaksin tidak akan menjadi kekangan untuk program PICK memandangkan negara dijangka menerima sejumlah besar ketiga-tiga jenis vaksin sehingga Ogos depan.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham memaklumkan kementerian belum menerima laporan mengenai kesan buruk daripada penerima vaksin AstraZeneca.

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

Polis Terima Laporan Surat Palsu Hishammuddin Tawar Jadi PM

KUALA LUMPUR: Polis menerima laporan berhubung surat yang mengaitkan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang kononnya menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong...

Demi Rakyat, Tok Pa Dan Kian Ming Sedia ‘Minum Kopi’ Bersama

KUALA LUMPUR: Sudah berapa lama kita rakyat mendambakan politik yang harmoni di mana kerajaan dan pembangkang saling berganding bahu membina negara yang kukuh dan...

Agensi Penguatkuasa Tidak Perlu Waran Periksa Sektor Perkilangan – Hamzah

KUALA LUMPUR - Agensi penguatkuasa tidak memerlukan sebarang waran bagi memeriksa dan menyerbu sektor perkilangan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan...