PAS Sedia Terajui Kedah, Mukhriz Mungkin Hilang Jawatan MB Sekali Lagi

Lepas Tajuddin sah Covid-19, Presiden UMNO jalani ujian calitan

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang menjalani kuarantin selepas menjalani ujian calitan RT-PCR. Beliau melakukan ujian saringan itu selepas Ahli Parlimen...

KDN nafi Hamzah dirawat di ICU

KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyanggah khabar angin yang mendakwa Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat...

Hishammuddin Sertai Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN Esok

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien mengadakan sidang video dengan Menteri Luar Brunei, TYT Dato Seri Setia Haji Erywan bagi membincangkan persediaan...

KP Kesihatan beritahu Dr Ali Noor meninggal bukan kerana terlalu penat tapi sebab lain

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangkal kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan...

#SIBODOHKAUDENGARSINI : SKMM Nafi Keluarkan Poster

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan poster yang tular berbentuk amaran yang meminta orang ramai tidak menggunakan hastag #SiBodohKauDengarSini bukan dikeluarkan oleh...

PETALING JAYA – PAS hari ini mengumumkan kesediaan untuk menerajui kerajaan Kedah, dalam kenyataan yang membayangkan Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir mungkin hilang jawatan menteri besar sekali lagi, ekoran perpecahan dalaman parti komponen Pakatan Harapan.

Pesuruhjaya PAS Kedah berkata tidak sampai separuh daripada 6 Adun PPBM berpihak kepada Mukhriz, “memandangkan banyak kelemahan yang gagal diperbaiki”.

“Adun dalam PPBM Kedah juga dilihat canggung dengan tindakan PPBM Kedah yang masih bekerjasama dengan PH untuk menjadi negeri pembangkang,” kata Ahmad Yahaya dalam kenyataan hari ini, menyifatkan keadaan itu melawan arus kerana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga presiden mereka.

Sementara itu, PKR selaku komponen utama dalam PH juga berdepan masalah tersendiri, apabila seorang wakil rakyatnya, Robert Ling Kui Ee di media sosial mempertikaikan keputusan parti sendiri memecat ramai kepimpinan bahagian, “memperlihatkan Adun Sidam itu sudah tidak sehaluan dengan kepimpinan PH Kedah”.

“Bakal ada beberapa Adun PKR lain akan mengikuti langkah beliau dan ia mengurangkan jumlah kerusi penguasaan PH,” kata Ahmad.

Katanya, perkembangan ini menjadikan PH secara dasarnya “tempang” dan kehilangan majoriti untuk menerajui kerajaan Kedah, sambil mengingatkan PAS memiliki 15 kerusi Dewan Undangan Negeri – jumlah tertinggi dalam kalangan parti di Kedah.

“Perubahan kerajaan negeri sudah tidak dapat dielakkan lagi. PAS Kedah…bersedia menerajui pentadbiran kerajaan negeri ini,” tegasnya.

Ahmad bertambah yakin akan kedudukan PAS Kedah kerana ia ada 2 kerusi milik Umno menerusi muafakat nasional kedua parti itu.

Beliau percaya calon menteri besar dalam kalangan Adun PAS ada kredibiliti, melihat kepada pengalaman dan rekod bersih mereka ketika parti Islam itu mentadbir Kedah pada 2008 hingga 2013.

Mukhriz ketika ini mengekalkan pentadbirannya dengan majoriti kecil, bergantung kepada sokongan 7 wakil rakyat PKR, 4 wakil rakyat Amanah, dan 2 wakil rakyat DAP.

Ahmad berkata Mukhriz yang bukan lagi pengerusi PH Kedah hanya mampu melihat tanpa berhak mencatur pergerakan Adun daripada PKR kerana PKR dan PPBM tidak lagi sehaluan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Lepas Tajuddin sah Covid-19, Presiden UMNO jalani ujian calitan

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang menjalani kuarantin selepas menjalani ujian calitan RT-PCR. Beliau melakukan ujian saringan itu selepas Ahli Parlimen...

KDN nafi Hamzah dirawat di ICU

KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyanggah khabar angin yang mendakwa Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat...

KP Kesihatan beritahu Dr Ali Noor meninggal bukan kerana terlalu penat tapi sebab lain

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangkal kematian seorang pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr Ali Noor Hassan...