Video: Allahyarham ADUN Chini, Rakan Yang Akrab – Najib

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengganggap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar sebagai ikon masyarakat peneroka yang telah mencapai kejayaan membanggakan.

Ketua UMNO Bahagian Pekan itu berkata, Allahyarham yang juga bekas peneroka telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang politik dan pentadbiran kerajaan.

“Saya bagi pihak UMNO Bahagian Pekan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Beliau sebagai wakil rakyat telah jalankan kerja-kerjanya dengan begitu cemerlang sekali,” katanya dalam satu rakaman video di laman Facebook miliknya hari ini.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri itu turut menziarahi Allahyarham di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mohd Najib berkata, beliau juga telah kehilangan seorang rakan yang akrab yang banyak memberi sokongan kepadanya secara peribadi dan di dalam politik.

“Saya amat terasa kehilangan Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka beriman,” katanya.

Allahyarham Abu Bakar dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi di HKL dipercayai akibat serangan jantung.

Beliau menjadi ADUN Chini di dalam Parlimen Pekan selama tiga penggal berturut sejak Pilihanraya Umum-11 (PRU-11).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat