PKR Lebih Utamakan Politik Dari Isu Kritikal – ADUN Sidam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Saya memang rasa kecewa dengan apa yang dilakukan (PKR) pusat. Ini bukan masa yang sesuai, sekarang kita sibuk melawan Covid-19, dalam bulan Ramadhan lagi.”

Demikian luahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Robert Ling Lui Ee, yang kecewa dengan partinya, PKR kerana memecat dan menggantung keahlian beberapa anggota parti itu ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik wabak Covid-19.

Bagi Robert, tindakan tersebut jelas menunjukkan parti itu meletakkan kepentingan politik pada tahap tertinggi berbanding isu yang lebih kritikal yang sedang melanda dunia muktahir ini.

Memetik laporan portal PNBBC, Robert berpendapat bahawa tindakan barisan kepimpinan pusat PKR itu tidak kena pada waktunya.

“Sepatutnya mereka bukan sibuk berpolitik, bukan masa untuk gantung sana sini, memang tak kena masa dan saya tak sangka Pusat akan ambil keputusan drastik sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PKR Pusat yang sebelum ini memecat 348 ahli dan pemimpin termasuk dua wakil rakyat kerana didapati melanggar etika dan disiplin parti.

Seramai 285 ahli juga dikenakan tindakan digantung sementara keahlian mereka.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat