Pembenihan awan berjaya, empangan wilayah utara meningkat – Zahid

KUALA LUMPUR – Paras air di beberapa empangan di wilayah utara Semenanjung mencatatkan sedikit peningkatan susulan kejayaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang bermula sejak Isnin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga kini paras air di empangan terlibat merekodkan kini peningkatan berbanding sebelum ini.

“Kejayaan OPA semalam (Isnin), paras air mencatakan peningkatan 0.01 meter di Empangan Timah Tasoh (Perlis) dan Empangan Pedu (Kedah),” katanya.

Zahid berkata, manakala kawasan lain masih belum mencatatkan sebarang perubahan, operasi bersambung hari ini yang akan dilakukan di Perlis dan Kedah.

“Ini kerana hasil kajian mendapati, tahap kepanasan di kawasan tersebut luar biasa jadi kita tumpukan supaya hujan turun bagi kegunaan domestik, industri dan pertanian,” katanya.

Pada Isnin, operasi melibatkan kawasan Empangan Muda, Pedu dan Ahning serta Empangan Timah Tasoh dengan penggunaan pesawat C130-Hercules milik TUDM.

“Cuaca panas yang berlarutan ketika ini memberi tekanan kepada paras air empangan, khususnya di negeri-negeri utara.

“Justeru, langkah ini dilaksanakan secara proaktif bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan memastikan bekalan air kekal mencukupi.

“Operasi yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 April 2026 ini memberi tumpuan kepada beberapa empangan utama di Kedah, Perlis, Perak dan Johor yang berada pada tahap waspada, amaran dan kritikal,” kata Zahid.

Menurut beliau, setiap pelaksanaan dibuat dengan penelitian teknikal yang rapi, daripada keadaan atmosfera sehinggalah kepada kaedah pembenihan yang digunakan bagi memastikan keberkesanannya.

“Ini adalah antara ikhtiar yang kita lakukan untuk menjamin kelangsungan bekalan air dan kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan serta mengambil langkah sewajarnya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat