Pas tak rela kehilangan Hamzah, cari jalan tendang Bersatu – Puad

KUALA LUMPUR – Pas didakwa akan mencari jalan untuk menyingkirkan Bersatu daripada Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi malah mendakwa, Pas tidak sanggup kehilangan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan 18 Ahli Parlimen PN yang bersama Ahli Parlimen Larut itu.

“(Tan Sri )Muhyiddin mengeluh, kenapa lambat melantik Ketua Pembangkang. Bulan Jun lambat sangat. Keluhan itu jadi bukti Pengerusi PN lebih berkuasa daripada Pengerusi Majlis Presiden.

“Muhyiddin macam pengemis. Dihina bukan sahaja oleh Pas tetapi oleh Hamzah. Sekali gus menghina parti Bersatu.

“Pas dan Hamzah ada perancangan lain. Sebab itu tangguh ke bulan Jun. Hamzah perlukan parti baru sebagai tempat berteduh dan senjata untuk “tawar menawar”. 18 ahli Parlimen bersamanya.

“Ia mungkin digunakan untuk menyertai PN. Bersatu akan bantah. Pas akan cari jalan tendang Bersatu daripada PN. Pas lebih rela hilang Bersatu dari kehilangan Hamzah dan Geng 18,” dakwa Puad.

Akhirnya kata Adun Rengit itu, Muhyiddin senasib dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Terpinggir ketika menanti hari senja.

“Nasihat saya, tinggalkan segera Bersatu. Kapal makin karam,” seru beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat