Nelayan Temui Makhluk Laut Rupa Seperti Anak Naga

- Advertisement -

MOSCOW – Seorang nelayan Rusia menemui sejenis makhluk laut yang mempunyai rupa seperti seekor anak naga, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Roman Fedortsov, 39, menangkap ikan kod, haddock dan tenggiri menggunakan pukat tunda komersial dan kadangkala, pukatnya mencapai kedalaman sehingga 914 meter di bawah permukaan laut.

Aktiviti menangkap ikan laut dalam itu menyaksikan Fedortsov kerap menemui haiwan aneh dan yang terbaharu, makhluk laut itu yang digelar sebagai ‘anak naga baru menetas’ oleh pengguna media sosial.

Haiwan itu bagaimanapun dikenal pasti sebagai chimaera iaitu ikan rawan atau juga jerung hantu.

Fedortsov turut menemui makhluk laut lain yang kelihatan mirip dengan burger keju dan donat.

Itu hanyalah tiga daripada pelbagai spesies laut pelik dan indah yang ditemui oleh Fedortsov.

Dia menjadi sensasi di internet kerana kerap memuat naik gambar hidupan laut luar biasa.

Fedortsov menemui kebanyakan hidupan unik itu di laut Norway dan Barents, utara Rusia.

“Semua jenis ikan cantik dengan cara tersendiri. Saya tidak menganggap hidupan ini menakutkan atau hodoh,” kata Fedortsov. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat