Bayu Somerset #somerSYOKraya26 – Raya lebih santai, lebih berwarna & lebih lengkap 

Bila tiba musim Raya, kebanyakan daripada kita mula berfikir tentang satu perkara penting: nak pakai apa tahun ni? Untuk Bayu Somerset, persoalan itu dijawab dengan satu pendekatan yang ringkas tetapi bermakna Raya seharusnya menyeronokkan, selesa dan memberi ruang untuk setiap individu mengekspresikan diri mereka sendiri.

Melalui pelancaran koleksi Raya 2026, #somerSYOKraya26, Bayu Somerset tampil dengan sesuatu yang lebih daripada sekadar koleksi baju baharu. Ia adalah pengalaman Raya yang lengkap, dari pakaian sehinggalah ke aksesori, diperkenalkan serentak dengan pembukaan outlet terbaharu mereka di Central i-City, Shah Alam.

Berbeza dengan kebanyakan koleksi Raya yang hanya tertumpu kepada pakaian, Bayu Somerset memilih untuk melihat Raya secara lebih menyeluruh. Idea utamanya mudah pelanggan patut ada pilihan untuk bergaya dari hujung kepala hingga ke kaki tanpa perlu mencari di tempat lain.

Pendekatan inilah yang mendorong Bayu Somerset untuk bekerjasama dengan Machino, sebuah kolaborasi istimewa yang menampilkan kasut dan skarf sebagai pelengkap gaya Raya. Dengan rekaan yang berwarna-warni dan berani, kolaborasi ini memberi peluang kepada pelanggan untuk mencipta gaya Raya yang lebih ekspresif dan menyerlah.

Untuk kolaborasi Bayu Somerset x Machino, sebanyak empat rekaan kasut eksklusif dan empat rekaan square scarf diperkenalkan, menjadikan keseluruhannya lapan produk. Kesemua item ini dikeluarkan dalam kuantiti terhad sekitar 4,000 unit, mengekalkan elemen eksklusiviti untuk musim perayaan.

Apa yang menarik tentang #somerSYOKraya26 ialah kepelbagaian kolaborasi yang ditawarkan. Untuk Raya 2026, Bayu Somerset memperkenalkan tiga kolaborasi utama, masing-masing dengan identiti dan karakter tersendiri:

  • Bayu Somerset x Arif Rafhan memberi fokus kepada elemen batik, diolah semula dengan warna yang lebih ceria dan kontemporari. Ia sesuai untuk mereka yang menghargai sentuhan tradisi tetapi masih mahu tampil moden.
  • Bayu Somerset x Bunga dn Bintng pula membawa aura lembut dan feminin menerusi corak florals pastel – pilihan ideal untuk mereka yang sukakan gaya manis dan ringkas.
  • Bayu Somerset x Machino melengkapkan koleksi ini dengan aksesori tudung dan kasut, menjadikan gaya Raya lebih menyeluruh dan praktikal.

Gabungan tiga kolaborasi ini mencerminkan satu perkara penting Raya tidak perlu tampil dengan satu ‘wajah’ sahaja. Setiap orang berhak memilih gaya yang paling dekat dengan personaliti mereka.

Dari segi skala, #somerSYOKraya26 boleh dianggap sebagai antara koleksi Raya terbesar pernah diperkenalkan oleh Bayu Somerset. Secara keseluruhan, koleksi ini merangkumi sekitar 50 rekaan pakaian, dengan lebih 80 variasi jenis busana, termasuk siluet baharu, set keluarga dan rekaan premium.

Walaupun pilihan semakin luas, aspek keselesaan tetap menjadi keutamaan. Potongan yang praktikal dan fabrik yang sesuai memastikan busana ini bukan sahaja cantik digayakan pada pagi Raya, tetapi juga selesa dipakai sepanjang hari.

Satu perkara yang kekal konsisten dengan Bayu Somerset ialah komitmen mereka terhadap fesyen untuk semua. Koleksi Raya 2026 ditawarkan dalam julat saiz XXS hingga 5XL, mencerminkan kepercayaan bahawa fesyen tidak sepatutnya terhad kepada saiz atau kategori tertentu.

Dari segi harga pula, walaupun kolaborasi bersama Machino sering dikaitkan dengan imej premium, Bayu Somerset tetap mengekalkan pendekatan mesra pelanggan. Harga koleksi Raya bermula dari RM99 hingga sekitar RM200, manakala kasut kolaborasi Machino bermula dari RM188.

Menurut pasukan Bayu Somerset, pelanggan sememangnya sanggup berbelanja lebih ketika musim Raya. Justeru, fokus jenama ini adalah menyediakan pilihan yang seimbang antara nilai, kualiti dan gaya, supaya setiap pembelian terasa berbaloi.

Nilai kekeluargaan turut menjadi elemen penting dalam kempen #somerSYOKraya26. Penampilan selebriti seperti Anzalna Nasir dan Liza Hanim bersama anak perempuannya memperlihatkan bagaimana koleksi ini boleh digayakan merentas generasi daripada ibu kepada anak, daripada individu kepada keluarga.

Sebagai pelengkap suasana, Bayu Somerset turut memperkenalkan jingle rasmi pertama mereka yang menampilkan vokal Aisha Retno. Lagu ini membawa mesej keyakinan diri dan keberanian untuk tampil berbeza selari dengan semangat jenama yang meraikan warna, personaliti dan kebebasan bergaya.

Kesemua koleksi Raya #somerSYOKraya26 kini telah dilancarkan sepenuhnya dan boleh didapati di semua outlet Bayu Somerset di seluruh negara, termasuk outlet baharu di Central i-City, serta secara dalam talian di laman web rasmi Bayu Somerset.

Sebagai tambahan, sempena hari pelancaran, Bayu Somerset turut menawarkan promosi khas sehari sahaja, iaitu diskaun 10% untuk square scarf dengan pembelian kasut, menjadikan pengalaman membeli-belah Raya lebih ‘syok’.

Dengan pendekatan yang santai, inklusif dan penuh warna, #somerSYOKraya26 membuktikan bahawa Raya bukan sekadar tentang apa yang dipakai tetapi bagaimana fesyen boleh membuatkan kita rasa yakin, selesa dan gembira menjadi diri sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat