Taib tidak ‘dilarikan’ kini selamat di kediamannya – Razarudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud ‘diculik’ kerana beliau kini selamat berada di kediamannya.

Menurut Razarudin, pihaknya ada menerima beberapa laporan (kenyataan) yang dilaporkan dalam media sosial berkaitan dakwaan Taib dilarikan.

“Laporan itu kita ambil dan siasat kerana ia bukannya daripada Pesuruhjaya Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman atau saya sendiri.

“Bagaimanapun, dakwaan beliau diculik tidak masuk akal kerana keberadaan Tuan Yang Terutama (Taib) di rumah.

“Ada anak, adik beradik, doktor dan jururawat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran Op Selamat 21 dan perasmian VSP 2.0 di Persada Plus, pada Rabu, lapor Harian Metro.

Razarudin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan Taib berada dalam keadaan selamat selepas didakwa dibawa keluar dari sebuah hospital swasta kelmarin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat