Pemuda Umno tuntut peruntukan adil antara sekolah agama rakyat dengan sekolah persendirian Cina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap adil berhubung peruntukan sekolah agama rakyat dan juga sekolah persendirian lain.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh meminta Perdana Menteri menambah peruntukan sedia ada.

Beliau turut membandingkan jumlah peruntukan antara sekolah persendirian Cina dengan geran bantuan sekolah agama.

“RM300,000 untuk setiap sekolah persendiran Cina manakala RM 20,000 geran bantuan sekolah agama.

“Saya harap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri boleh menambah lagi peruntukan kepada sekolah agama rakyat dan juga sekolah persendirian yang lain juga.

“Jika Anthony Loke Siew Fook boleh mengumumkan peningkatan bantuan tambahan kepada sekolah persendirian cina dari RM250,000 kepada RM300,000 pada tahun ini,kenapa tidak pada sekolah yang lain juga?

“Mohon untuk dipertimbangkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” seru Dr Akmal.

Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan 63 sekolah persendirian Cina akan menerima peruntukan RM18.9 juta pada 2024.

Manakala pada Oktober tahun lalu, Kerajaan Perpaduan mengembalikan semula geran bantuan sebanyak RM20,000 kepada semua sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat