Tol Tanpa Henti Akan Diperkenal, Selesai Kesesakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sistem kutipan tol tanpa henti bakal direalisasikan di lebuh raya negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pengenalan sistem baharu kutipan tol ini akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di plaza tol.

“Berita baik buat rakyat Malaysia, satu sistem kutipan tol yang baharu akan dilaksanakan iaitu sistem kutipan tol tanpa henti yang bakal direalisasikan di dalam sistem lebuhraya negara.

“Berlakunya kesesakan lalu lintas di plaza tol adalah salah satu punca lebuh raya di Malaysia alami kesesakan ketika waktu-waktu puncak,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, teknologi ini mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di plaza tol yang sering dihadapi oleh pengguna jalan raya contohnya di Tol Gombak dan Duke Highway yang sesak akibat plaza tol.

“Terima kasih pihak lebuh raya atas taklimat hari ini.
Apa yang pasti pengenalan sistem baharu ini tidak akan melibatkan penambahan kos kepada pengguna mahupun kenaikan tol pada mana-mana lebuh raya.

“Pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) juga telah membuat analisa penuh mengenai kaedah terbaik pelaksanaan ini,” kata ahli Parlimen Kuala Lipis itu.

Jelas beliau lagi, Kementerian Kerja Raya sentiasa mencari kaedah terbaik demi memberi keselesaaan kepada pengguna jalan raya dan dapat meneruskan perjalanan dengan selamat ke destinasi yang dituju.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat