Mohamad Dan Syed Mokhtar Sedang Teroka Peluang Kerjasama Pastikan Sumber Makanan Cukup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bakal menjalin kerjasama strategik dengan Yayasan Al-Bukhary demi memastikan bekalan sumber makanan mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu bersama kepimpinan tertinggi Yayasan Al-Bukhary sedang giat meneroka ruang dan peluang untuk bersama-sama menyediakan bekalan makanan kepada rakyat Malaysia.

Hari ini Mohamad menerima kunjung hormat dari Yayasan Al-Bukhary.

“Antara perkara yang menjadi topik perbincangan adalah berkait dengan kerjasama strategik yang boleh dilakukan di antara Kementerian dan Yayasan Al-Bukhary.

“Pihak Kementerian juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana telah menyalurkan Dana Bantuan Khas kepada pesawah tahun 2023 berjumlah RM60 juta,” katanya.

Dalam pada itu katanya adalah menjadi hasrat pihak Kementerian untuk memastikan kebajikan para petani terbela dan hasil pertanian dapat ditingkatkan.

Justeru Mohamad menegaskan Kementeriannnya komited memastikan sumber makanan berada di tahap yang baik dan mencukupi untuk seluruh rakyat.

Sebelum ini, arahan Kerajaan Persekutuan untuk syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada pesawah miskin bulan Disember tahun lalu dan RM50 juta tahun ini, bukan bertujuan merobohkan empayar perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia dilakukan untuk kepentingan rakyat dan pesawah miskin termasuk di Kedah.

Beliau berkata, langkah yang diambilnya itu serta Kementerian Kewangan adalah untuk mencari jalan penyelesaian.

Katanya, Syed Mokhtar sendiri bersetuju dengan mudah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat